Pictures

Tuesday, March 8, 2011

Madu Asli.. atau madu palsu???


Cara Kenal Madu Asli 

Macamana mahu mengenal madu asli atau tidak. Orang kata, guna mancislah, campur dalam air goyang-goyang keluar bentuk macam saranglah. Caranya senang saja, bila kita telan madu yang asli, pertama kita akan rasa manis perit di tekak. Bila madu asli tu dikemam dalam mulut sebelum telan, lidah terasa seolah-olah macam melekat pada lelangit, tak mahu berpisah. Kalau madu yang tidak asli, bila kita telan madu tu rasa manis sahaja. Itu kaedah fizikal lah. Kalau nak uji secara kimia, terpaksalah bawa ke makmal untuk diuji. Barulah tahu, glukos berapa, fruktos berapa, moisture content berapa. Madu yang baik, tiada buih-buih atas permukaan madu. Madu yang meletup bukanlah madu yang baik, itu gas hasil penapaian. so hati-hati membeli madu. 

Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Wednesday, January 26, 2011

MGT417

Class on tuesday and friday..